EU sasar FTA dengan Malaysia, ASEAN

Posted on July 26th, 2018

MEDIA COVERAGE

Berita Harian – 26 July 2018

Kesatuan Eropah (EU) mensasarkan untuk menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan Malaysia selepas memeterai FTA dengan Singapura dan Vietnam.

Duta dan Ketua Delegasi Kesatuan Eropah (EU) ke Malaysia, Maria Castillo-fernandez, berkata misi EU ialah menandatangani FTA dengan semua negara ASEAN.

“Kami baru sahaja menyelesaikan rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan Singapura dan Vietnam, dan kami begitu berminat untuk memula dan mengakhiri rundingan dengan negara anggota ASEAN lain yang terbabit secara aktif dalam rundingan perdagangan bersama kami seperti Filipina dan Indonesia.

Sambung semula rundingan

“Sehubungan itu, kami mahu menyambung semula rundingan bersama Malaysia bagi mencapai persetujuan FTA yang akan menyumbang kepada sasaran menyeluruh EU-ASEAN FTA,” katanya pada majlis pembukaan Dialog ASEAN-EU 2018 anjuran Institut Asia-eropah (AEI) Universiti Malaya, di sini semalam.

Usaha mewujudkan EU-ASEAN FTA sudah dirancang sejak 10 tahun lalu, menurut laporan sebelum ini.

Beliau menambah, EU memberi penekanan kepada nilai demokratik, pertumbuhan ekonomi dan kestabilan politik serantau dalam hubungannya dengan negara Asia Tenggara.

Source: Berita Harian

Facebook

Facebook Pagelike Widget

Twitter

World’s Best Airport according to AirHep Annual Report. Which ASEAN country is ranked in the top 10?

https://www.bloomberg.com/news/articles/2019-05-09/the-best-and-worst-airlines-and-airports-of-2019

Which ASEAN member state is the most innovative?

Find out more here:

https://www.thailand-business-news.com/corporate/71076-the-worlds-most-talent-competitive-countries-in-2019.html

Universiti Malaya hari ini telah dikejutkan justeru dirundung rasa amat berdukacita dengan pemergian tokoh Akademik dan Sejarawan Negara, Tan Sri Profesor Emeritus Dr. Khoo Kay Kim.

Seluruh warga UM merakamkan ucapan setinggi-tinggi takziah kepada keluarga beliau.